Pasukan Pengurusan

Sektor pengiklanan dan media hari ini mempunyai sifat perkembangan teknologi terbaru yang mewujudkan keperluan yang sentiasa berubah. Pasukan pengurusan kami yang berpengalaman bertekad untuk beri sokongan kepada pelanggan kami dengan pengalaman yang bertahun-tahun dalam kedua-dua pasaran pengiklanan dan dunia IT.

Pasukan Pengurusan

Sektor pengiklanan dan media hari ini mempunyai sifat perkembangan teknologi terbaru yang mewujudkan keperluan yang sentiasa berubah. Pasukan pengurusan kami yang berpengalaman bertekad untuk beri sokongan kepada pelanggan kami dengan pengalaman yang bertahun-tahun dalam kedua-dua pasaran pengiklanan dan dunia IT.

Matthias Mroczkowski

Matthias Mroczkowski

Chief Sales Officer

Matthias Mroczkowski mempunyai ijazah sarjana dalam pengurusan perniagaan dengan tumpuan pada bidang pemasaran di Westphalian Wilhelms University di Münster dan telah terima pelbagai anugerah bakat muda, usahawan dan pengasas.

Sebelum sertai AllMediaDesk, beliau ialah pengasas bersama audimark, sebuah pusat jualan terkemuka untuk audio dalam talian di Jerman, dimana beliau mengetuai pasukan jualan syarikat.

Matthias Mroczkowski juga sertai banyak persatuan industri secara sukarela. Sebagai pengerusi jawatankuasa, beliau bertanggungjawab untuk tinjauan jangkauan untuk audio dalam talian di Persatuan Ekonomi Digital Persekutuan Jerman (BVDW) dan merupakan peserta dalam pasukan petugas Audio IP agma, Jawatankuasa Industri Bersama Jerman untuk kajian jangkauan.

Matthias Mroczkowski merupakan salah satu daripada 101 minda dan pakar digital terpenting di negeri persekutuan North Rhine-Westphalia yang diiktiraf oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bersama-sama dengan pusat penerbitan DuMont Schauberg.

Thomas Rogg

Thomas Rogg

Chief Technology Officer

Thomas Rogg ialah siswazah dalam sains komputer di RWTH Aachen dan TU Dortmund, yang lulus dengan ijazah dalam sains komputer.

Sebelum sertai AllMediaDesk, beliau ialah pengasas bersama syarikat jualan audimark dan bertanggungjawab dalam pembangunan teknologi pelayan iklan untuk audio dalam talian.

Thomas Rogg mempunyai bertahun-tahun pengalaman dalam sektor IT dan telah kendali banyak projek dalam kerjaya profesionalnya, termasuk dalam bidang teknologi iklan dan penstriman TV.

Selain mempunyai pengetahuan IT yang sangat mendalam, beliau mempunyai pengalaman yang profesional dalam pembangunan model penyelidikan pasaran dan kajian jangkauan. Dalam bidang ini, beliau terlibat dalam banyak Jawatankuasa Industri Bersama yang bertanggungjawab untuk kajian jangkauan secara sukarela.